Peluang Bawa Keluarga Bersuka Ria Di Sunway Lagoon Secara PERCUMA!

It’s going to be an EXTRAORDINARY School Holiday!
November 22, 2019
Christmas 2019 – THE BEACH IS CALLING THIS CHRISTMAS SEA-SUN AT SUNWAY LAGOON
December 4, 2019

Peluang Bawa Keluarga Bersuka Ria Di Sunway
Lagoon Secara PERCUMA!

Originally written by Zehan Suziana Abu Daud (NONA)

Ini sememangnya berita yang sangat menggembirakan! Bukan sahaja kepada ibu bapa, anak-anak pun mesti teruja. Mana tidaknya, tanpa perlu mengeluarkan belanja walau satu sen pun kini anda sekeluarga mungkin dapat menikmati keseronokan di taman tema popular ini secara percuma. Semuanya kerana
pihak Sunway Lagoon telah berbesar hati memberikan tiket masuk percuma kepada lima (5) keluarga bertuah sempena musim cuti sekolah ini. Menarik, bukan?

Istimewanya cuti persekolahan akhir tahun dan bersempena perayaan Krismas yang bakal tiba, taman tema Sunway Lagoon membawakan suasana meriah Bayu Pantai Surf Beach selain turut memperkenalkan maskot terbaru mereka dan pelbagai aktiviti serta persembahan terbaik. Keseronokan berganda apabila seisi keluarga dapat bercuti dan mandi-manda bersama Captain Quack dan rakan maskot yang lain bermula 23 November ini hingga 31 Disember 2019.

 

 

 

 

Captain Quack and Friends with Sunway Lagoon Management Team


Cupcake Decoration Workshop with Lady Quack


Giant Soapy Bubbles with Zola and Mico

Antara rakanmaskot terbaharu Captain Quack termasuklah Lady Quack, Bani Si Beruang Madu, Zola Si Singa Putih, Mico Si Pigmi Marmoset, Patches Si Kuda Kerdil, Ara Si Harimau Bintang, Mimi dan Mimo Si Memerang dan Belle Si Kelawar. Ramainya! Mesti anak-anak anda tidak mahu lepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan maskot comel ini.

Sand Art


Hopscotch


Cupcake Decoration Workshop with Lady Quack


Face Painting


ATV Stunt Showcase with Ara

Keriangan bersama keluarga tersayang tidak hanya terhenti di situ… sebaliknya, pengunjung turut akan dipertontonkan dengan persembahan menakjubkan menerusi ‘Carnival Circus Special’, ‘Wipeout Beach Party’, ‘ATV Stunt Show’ dan banyak lagi. Pendek kata, segala-galanya ada di bawah bumbung Taman Tema Sunway Lagoon pada cuti musim sekolah. Sebagai menghangatkan lagi sambutan Hari Natal, derusan bayu di pantai buatan terbesar di Malaysia iaitu Surf Beach menjemput anda menikmati keindahan di sini pada 21 hingga 25 Disember ini. Pastikan anda tidak ketinggalan menjejaki dan menikmati keunikan pulau yang dihiasi dengan rumah api bersalju, persembahan memukau dan tawaran Beach Bistro yang menyediakan aneka juadah Hari Natal, pemberian hadiah misteri, persembahan nyanyian carol dan kemunculan Santa menaiki ATV

Water Zorb Balls


CQF Summer Splash Parade


Wipeout Beach Party

Tiket masuk dijual pada harga RM138 bagi orang dewasa berumur 13 tahun ke atas. Manakala RM113 pula ada bayaran untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah. Bermula 23 November hingga 31 Disember 2019, pengunjung akan ditawarkan dengan pilihan mesra bajet iaitu FAMFun pada harga RM482 sahaja berbanding harga asal RM744 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak atau 4-To-Go dengan harga RM532 untuk 4 dewasa. Jauh lebih murah daripada harga asal RM808.

Kini, anda berpeluang merasai pengalaman mengujakan di Sunway Lagoon dengan menjadi salah seorang daripada lima keluarga bertuah yang bakal dipilih pihak Majalah Nona. Hanya ikut cara penyertaan berikut dan tiket masuk untuk 4 orang akan menjadi milik anda.

Sila KLIK untuk melihat cara penyertaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi Sunway Lagoon Captain Quack & Friends Christmas SeaSun, layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi 03 5639 0000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *