Peluang Bawa Keluarga Bersuka Ria Di Sunway
Lagoon Secara PERCUMA!
Originally written by Zehan Suziana Abu Daud (NONA)
Ini sememangnya berita yang sangat menggembirakan! Bukan sahaja kepada ibu bapa, anak-anak pun mesti teruja. Mana tidaknya, tanpa perlu mengeluarkan belanja walau satu sen pun kini anda sekeluarga mungkin dapat menikmati keseronokan di taman tema popular ini secara percuma. Semuanya kerana
pihak Sunway Lagoon telah berbesar hati memberikan tiket masuk percuma kepada lima (5) keluarga bertuah sempena musim cuti sekolah ini. Menarik, bukan?
Istimewanya cuti persekolahan akhir tahun dan bersempena perayaan Krismas yang bakal tiba, taman tema Sunway Lagoon membawakan suasana meriah Bayu Pantai Surf Beach selain turut memperkenalkan maskot terbaru mereka dan pelbagai aktiviti serta persembahan terbaik. Keseronokan berganda apabila seisi keluarga dapat bercuti dan mandi-manda bersama Captain Quack dan rakan maskot yang lain bermula 23 November ini hingga 31 Disember 2019.

















